Friday, September 7, 2012

Wetland.

Hari ini hari Jumaat. Dan harini lah murid-murid KRK pergi Paya Indah Wetland. Best woo. Tak pergi tak best woo. Masalahnya sekarang ni, saya pun tak pergi. Alangkah malangnya. Actually, banyak aku nak cerita hari ini.

Hari ni kitorang kat kelas, watlek belajar macam biasa. Walaupun sebenarnya dalam hati ni, alangkahhh boringnyaaa! Baru aku tahu betapa bosannya kalau sikit saja orang kat kelas. Sebenarnya kitorang pergi hari ni pun sebab nak buat PBS Science la kononnya. Ingat boleh buat persembahan depan-depan orang yang sikit je. Tapi tapi tapi dan tapi, kitorang tak dapattt. Cikgu Zakinah bincang sahaja. Huhh, betapa menyesalnya.

Dan satu lagi, sebenarnya 'geng' aku sudah membuat suatu perkara 'vandalisme'. Wahaha. *ketawa jahat*. Dan bila lepas rehat, subjek SENI. Ceyh, kononnya nak lepaskan geram dengan melukis lah. Aku suka melukis. Dan tiba-tiba, LIYANA OMARUDDIN cakap "Weyh, Ustaz A**z relief kelas kita!". Nak tau tak hati aku macam mana? Macam dihiris-hiriss macam roti lepastu celup dalam susu sampai lembik. Ok. Lepastu Ustaz tu membebel la macam biasa. Dan seperti yang korang jangka, dia ulang ulang ayat yang sama, peristiwa yang sama, intonasi yang sama. Berulang-ulang kali. Lepastu cakap yang kitorang ni 'indoor people'. Dan tiba-tiba IWANI cakap 'Saya ta nak jadi orang Indon la Ustaz!" Hohoh. Pandai je buat lawak. Dan tiba-tiba dia suruh buat PAFA. OMG!  Bestnya! Akhirnya aku la, tak taula korang, lepas dah semua kecuali HAFAZAN. Sebab aku takde mood nak hafal. Bayangkan korang nak hafal ayat2 yang panjang-panjang lepastu 'background music' korang 'orang' yang membebel2. Susah kan?! Cukup lah aku hafal setakat tu.

Dan bila masa Sejarah, Puan Akmal pulak memanas-manaskan hati ini dengan cakap pasal Wetland tu. Cakap korang rugi lah tak pergi. Btw, Ustaz tadi pun tanya jugak. Bikin panas gua punya hati wooo. Dan tiba-tiba Handphone Pn.Akmal berbinyi, dan aku sempat dengar "Eh, dah sampai dah? Awalnya!".  Sampai tu maknanya sampai Wetland. IWANI pun cakap "Alhamdulillah, sampai jugak diorang tapi hati niii" HAHA. Kelakar. Kelakar tak? Kelakar tak? Kelakar tak?

Tapi kesimpulannya, kat sekolah tadi oklah jugak. Sebenarnya banyak peristiwa lagi aku nak cerita. Tapi tak apa, makin dicerita, makin melambak benda yang ditulis. Baiklah aku buat benda-benda berfaedah yang lain.
Assalamualaikum,

No comments:

Post a Comment